Hari ini,Aku cerita apa yang best di Pasar Siti Khadijah...Seperti semua bayang kan,pasar mesti orang jual sayur-sayuran dan seumpama nya,tapi Pasar Siti Khadijah bukan sahaja menjual sayur -sayuran,malah menjual perbagai jenis kain2,perbagai jenis serunding atau orang kelantan panggil (sambal daging) dan macam2 lagi~.Pasar Siti Khadijah menjadi salah satu tarikan pelancong kerana dengan keindahan warna-warni di Pasar Siti Khadijah.Pasar Siti Khadijah terletak di bandar Kota Bharu,berhadapan di Parkson Kota Bharu dan ia buka pada pukul 6Am hingga 8Pm.kepada yang belum datang Pasar Siti Khadijah,Memang rugi ahh~..haha
- Pintu Hadapan Pasar Siti Khadijah-
- Serunding -
- gambar atas di Pasar Siti Khadijah -
- gambar atas di Pasar Siti Khadijah -
Di tingkat 2 (Tempat menjual perbagai jenis kain )
-Warna-warni di Pasar Siti Khadijah-
Friday, 3 August 2012
Kelantan Negeri yang Indah
Dari awal lagi saya terpesona dengan keadaan negeri Kelantan. Pemandangan yang indah. Alam semula jadi yang amat memukau dan menarik tiap insan yang melihatnya. Keadaan masyarakat sekeliling…. suasana perkampungan dan kemasyarakatannya…. keikhlasan dan keazaman tiap warganya dalam menjalani hidup seharian. Dan banyak lagi. Semua ini menjadi tarikan kepada saya.
saya kagum melihat cara dan kaedah warga negeri ini menjalani hidup mereka. Di mana saja saya pergi … yang saya lihat dan saksikan menyebabkan saya berfikir betapa indahnya jika seluruh warga negara Malaysia mempunyai sikap dan sifat seperti yang saya perhatikan di sini. Dalam apa juga bidang … yang jelas dan nyata ialah kesungguhan masyarakatnya. Dalam bidang perniagaan umpamanya, kegigihan mereka boleh dijadikan sebagai satu teladan. Kegigihan ini telah membawa kejayaan kepada ramai anak negeri ini.
Memang diketahui bahawa Kelantan masyhor dengan perushaan kain batik, tenunan songket, pertukangan perak dan
tembaga, ukiran kayu dan lain-lainnya. Jika kita lihat dari dekat, akan kita dapati anak negeri memainkan peranan penting dan besar dalam perushaan-perushaan ini. Dalam lain-lain bidang seperti perniagaan restoran, warung, mini market, dan sebagainya … yang menerajunya ialah anak negeri juga. Begitulah juga dalam bidang-bidang seperti perkilangan, pembuatan dan pembinaan … mereka juga yang berada di hadapan. Dan banyak lagi bidang yang diceburi dan dimiliki oleh mereka.
Kepada saya, yang berasal dari negeri Kelantan, ini merupakan satu kejayaan kepada anak negeri ini dalam memacu kehidupan yang amat berjaya.
Dan keadaan ini juga yang banyak membawa erti dan makna kehidupan yang maju dan lengkap. Rasanya, apa yang dilakukan dan berlaku di Negeri Kelantan adalah selaras dengan konsep pembangunan global iaitu membawa negara dan warganya kepada alam pembangunan yang menyeluruh atau ‘total development’. Dan ini juga selaras dengan usaha kita untuk ‘membawa pembangunan sepanjang hayat’.
Subscribe to:
Posts (Atom)